Bina sendiri rumah Anda
Bina Sendiri Rumah banglo
BINA SENDIRI RUMAH BANGLO ANDA
Bina sendiri rumah anda- Apa yang saya maksudkan di sini ialah mengurus sendiri pembinaan rumah anda. Bagituan/puan yang ada tanah dan bercadang membina rumah, maka adalah lebih baik anda menguruskan sendiri pembinaan rumah anda. Ianya sangat menjimatkan berbanding melantik kontraktor membina rumah anda.
Adakah anda tahu berapa banyak keuntungan yang dikaut oleh seseorang kontraktor apabila menyiapkan sesebuah rumah. Pada kebiasaanya harga rumah dikira mengikut keluasannya. Contohnya bagi sebuah rumah bungalow satu tingkat yang sederhana dari segi rekabentuk dengan keluasan 1600ka2 dan berharga RM200 ribu, maka keuntungan yang diperolehi dianggarkan 1/3 dari RM200k iaitu lebih kurang RM66 ribu. Ini upah bina rumah sahaja. Jika anda membeli rumah yang sudah siap sepenuhnya sekali dengan tanah tapak rumah maka keuntungan kontraktor makin bertambah iaitu daripada jualan tanah tapak rumah tersebut. Cuba anda bayangkan berapa banyak anda dapat jimatkan wang jika anda menguruskan sendiri pembinaan rumah anda. Ini belum diambil kira lagi jika kontraktor itu seorang yang tidak berapa jujur. Anda mesti ingat bahawa seseorang kontraktor akan memaksimakan keuntungan yang ingin diperolehi hasil pembinaan sesebuah rumah itu. Jika anda tidak berapa tahu tentang selok-belok bidang binaan rumah seperti membaca pelan rumah, peringkat-peringkat pembinaan,kualiti bahan-bahan binaan, workmanship dan urusan dengan pihak berkuasa tempatan maka anda dengan mudah ditipu oleh kontraktor.
Mengurus sendiri pembinaan rumah anda bukan bermakna anda kena membuat sendiri kerja-kerja bina rumah anda. Tugas anda adalah sama dengan kontraktor yang membina rumah iaitu:-
- Berurusan sendiri dengan pelukis pelan
- Membuat permohonan kelulusan pelan
- Mencari tukang
- Mengurus pembelian bahan-bahan binaan
- Membayar gaji pekerja (hanya berurusan dgn tukang)
- Berurusan dengan pihak berkuasa tempatan
Adakah tugas-tugas di atas susah atau tiada masa bagi anda. Saya dapati banyak penjawat-penjawat awam seperti mereka yang bekerja dengan pihak berkuasa tempatan, guru-guru terlibat dalam bidang binaan rumah. Dengan kata lain membina rumah kemudian jual. Untungnya berganda-ganda. Mereka-mereka ini bermula dengan membina satu dua buah rumah kemudian jual. Bila dapat untung lebih sedikit campur dengan duit simpinan mereka kemudian beli tanah dan terus pecah lot menjadikan lot-lot tapak rumah. Satu ekar tanah dapat dipecah menjadi 6 atau 7 lot. Sebahagian lot-lot ini kemungkinan dijual untuk mendapatkan modal bagi membina rumah di lot-lot tanah yang selebihnya. Rumah dibina kemudian dijual lagi dan begitulah seterusnya. Mereka-mereka ini secara tidak langsung adalah pemaju dan juga kontraktor. Kalau anda ada duit dan ada tanah anda pun boleh menjadi seperti mereka. Jangan biarkan duit anda beku saja di dalam bank. Cair dan kembangkan ekonomi anda. Kalau anda tidak berapa faham tentang bidang binaan rumah…Dapatkan e-book [wpPopWizard item_id=pop_tooltip clickthru=http://bina-rumah.com/info/home.php newwindow=yes ]PANDUAN LENGKAP –BINA SENDIRI RUMAH ANDA[/wpPopWizard] Dalam ebook ini saya akan lebih tekankan kepada soal-soal pengurusan dan hal-hal teknikal yang patut anda tahu.
Kadar harga semasa yang diguna pakai oleh kontraktor bina rumah adalah antara RM110 ~ RM130/ka2 buat masa ini tahun 2011. Kadar harga ini adalah termasuk upah pekerja, bahan binaan, system pendawaian letrik dan sistem paip bagi bekalan air dan ianya hanya sesuai bagi bandar-bandar kecil dan sederharna saja. Bagi Bandar besar ataupun rekabentuk yg rumit menjadikan kadar harganya melebihi RM130/ka2.
Jika keluasan rumah tersebut adalah adalah 1500 ka persegi maka harganya kos pembinaan rumah bungalow tersebut adalah:-
1500 x RM110 = RM165,000
Pada asasnya kos pembinaan bagi sesebuah rumah adalah terbahagi kepada perkara berikut:-
Ini bermakna keuntungan kontraktor tersebut adalah sebanyak RM 52,800. Bayangkan duit jika anda sebanyak ini diberikan kepada kontraktor, tetapi kita semua tidak merasainya kerana duit sebanyak ini diserahkan secara berperingkat-peringkat melalui bank tempat anda membuat pinjaman perumahan. Kos pengurusan adalah kecil bermakna kerja mengurus pembinaan rumah bukanlah susah seperti kebanyakan orang fikirkan kerana ia boleh dilakukan seorang diri saja. Sebab itulah seorang kontraktor rumah boleh mengurus kerja-kerja pembinaan bagi 4 atau 5 buah rumah dalam satu masa. Kos pengurusan ini adalah tanggungjawab kontraktor tersebut dan bukannya pemilik rumah. Maka keuntungan yang diperolehi adalah bersih.

Comments
Post a Comment