KENALI TUKANG RUMAH ANDA ?


·         Ok,seperti yang anda sedia maklum Tukang Rumah adalah seseorang individu yang mempunyai kebolehan utk.mendirikan sebuah rumah ataupun sebuah bangunan berdasarkan pengalaman yg.telah mereka lalui pada masa lalu.
·         Persoalannya,dari mana mereka dapat pengalaman utk.mendirikan sesebuah rumah@bangunan?Adakah pengalaman mereka ini boleh diguna pakai,atau tidak menyalahi undang-undang sektor pembinaan? ya,sudah semestinya..sebab pengalaman mereka ini asalnya dari contrakter-contrakter yg.berpengalaman dan memang diiktiraf oleh kerajaan,yg.telah memberi mereka pekerjaan serta tunjuk ajar sehingga mereka menjadi pakar dalam bidang tersebut.

·         MACAM MANA NAK MENCARI TUKANG RUMAH YG.TERBAIK ?

·         Tukang rumah ada banyak kategori seperti,tukang kayu,tukang besi,tukang batu-bata,tukang paitung,tukang tiles,tukang siling,tukang atap,tukang cat dan banyak lagi.

·         Untuk mengetahui tukang itu adalah tukang yg.terbaik adalah,tukang tersebut mempunyai kemampuan utk.membuat semua kategori pertukangan,dalam erti kata lain sapsai,dan tukang ini juga dikenali sebagai mandur iaitu kepala tukang.

·         BAGAIMANA NAK MENGETAHUI PENGALAMAN SI TUKANG ?

·         Pada masa sekarang Tukang Rumah tersangatlah ramai dan mempunyai pengalaman yg.berbeza.Jadi utk.mengetahui pengalaman seseorang tukang itu adalah dgn.mengajukan beberapa soalan kpd.si tukang rumah,contohnya..berapakah kos sesebuah rumah mengikut keluasan kaki persegi,kos material,kos upah,masa yg.diperlukan dan etc.

·         TUKANG YG.BERKUALITI & SAFETY

·         Sebagai owner,anda sudah semestinya inginkan yg.terbaik utk.rumah anda dari segi service dan keselamatan.

·         Utk.mencari tukang yg.berkualiti & safety,pastikan tukang tersebut mempunyai dokumen perjalanan yg.sah bagi warga asing,dan mempunyai kad hijau(CIDB) bukti tukang tersebut telah menghadari seminar tentang keselamatan di tapak pembinaan.

·         Dgn.cara ini,kerja-kerja pembinaan rumah anda tidak akan terbengkalai dan masalah kemalangan di tempat kerja dapat dielakkan.

·         Dan pastikan anda dan tukang rumah mempunyai surat perjanjian yg.boleh dirujuk sekiranya ada timbul sebarang permasalahan.

·         Bagi yg.ingin mendirikan sesebuah rumah/renovate rumah,ada baiknya anda terus kpd.tukang rumah tanpa berurusan dgn.pihak ketiga,dgn.syarat pastikan tukang tersebut mempunyai ciri-ciri seperti diatas.

·         KEBAIKAN TERUS BERURUSAN DENGAN TUKANG RUMAH

1.   Anda berpeluang mengurus rumah anda sendiri mengikut cita rasa anda.
2.   Anda akan dapat pengalaman baru tentang pembuatan rumah bersama pekerja-pekerja anda.
3.   Anda akan disukai oleh pekerja-pekerja anda
4.   Dan yg.paling penting sekali,anda jimat kos.

·         CARA UNTUK MENJIMATKAN KOS

·         Sebenarnya disini ada beberapa cara utk.menjimatkan kos pembinaan rumah,terutamanya kos bahan binaan.

·         Seperti yg.kita semua ketahui,setiap kedai hardware menjual bahan-bahan binaan dgn.berlainan harga.jadi anda kena ketahui kedai hardware manakah yg.menjual material dlm.kadar harga yg.rendah. Anda juga boleh cari bahan-bahan 2nd hand yg.masih baru dan berkualiti.contohnya besi,anda tidak perlu beli besi baru.anda boleh cari di premis kitar semula.

·         Mengikut pada pengalaman saya,banyak besi yg.anda boleh dapat dgn.harga yg.murah,hampir 50% harga berbanding di kilang besi.soal kualiti memang tidak jauh bezanya dgn.besi baru.jadi buat apa bazir duit beli besi baru? Kan anda boleh jimat banyak.

Ok,setakat ini saja perkongsian saya dgn.anda semua,ada masa kita jumpa lagi di artekal saya yg.akan datang.
Bagi tuan rumah dan tukang rumah saya nasihatkan agar berkerjasama,bertoleransi dan sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain.
Dgn.cara ini sesuatu projek akan berjalan dgn.jayanya,InsyaAllah.
Sehingga kita berjumpa lagi...click link dibawah 👇
Wassalam...
Ikhlas dari saya,
HERMAN B.ARAJAK

Comments