Bina sendiri rumah Anda
Bina Sendiri Rumah banglo BINA SENDIRI RUMAH BANGLO ANDA Bina sendiri rumah anda- Apa yang saya maksudkan di sini ialah mengurus sendiri pembinaan rumah anda. Bagituan/puan yang ada tanah dan bercadang membina rumah, maka adalah lebih baik anda menguruskan sendiri pembinaan rumah anda. Ianya sangat menjimatkan berbanding melantik kontraktor membina rumah anda. Adakah anda tahu berapa banyak keuntungan yang dikaut oleh seseorang kontraktor apabila menyiapkan sesebuah rumah. Pada kebiasaanya harga rumah dikira mengikut keluasannya. Contohnya bagi sebuah rumah bungalow satu tingkat yang sederhana dari segi rekabentuk dengan keluasan 1600ka2 dan berharga RM200 ribu, maka keuntungan yang diperolehi dianggarkan 1/3 dari RM200k iaitu lebih kurang RM66 ribu. Ini upah bina rumah sahaja. Jika anda membeli rumah yang sudah siap sepenuhnya sekali dengan tanah tapak rumah maka keuntungan kontraktor makin bertambah iaitu daripada jualan tanah tapak rumah tersebut....